Sunday, February 4, 2018

Cabaran masa depan

Ya Allah jangan Kau coba melebihi aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati dan menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Hati terkesan usai menonton sebuah video bertajuk Qalam. Video yang benar-benar menguji sejauh mana keredhaan hati dan semangatku untuk terus berjuang menuntut ilmu. Menguji sejauh mana aku bersyukur kerana  ditempatkan di bumi usim. Video yang ternyata mempunyai impaknya yang tersendiri saat aku mula bertatih dalam mengenal halatuju kehidupan di bumi usim. Kini bukan bidang perubatan yang menjadi sasaran. tapi kualiti ilmu yang menguji sejauh mana pemahaman tentang erti kemodenan..
..........................

4/2/2018 hari ni aku kembali membuka blog usang yang terbiar bertahun lamanya. Membaca kembali apa yang aku coretkan ketika masih bertatih meraih ilmu di universiti. Membaca kembali impian2 yang pernah aku lontarkan. Mengenang semula cita2 yang pernah aku bayangkan. Banyak kisah yang terjadi yang dipendam tanpa diluahkan kerana aku sedar aku sudah matang dalam meluahkan emosi. Bukan di sini tempatnya untuk bercerita segala.

Terbaca kembali post yang ditulis saat akal tak mampu menerima kenyataan yang diri ini tercampak di bumi Nilai. Allahuakhbar. 19 tahun ketika itu. Maafkan hamba. Alhamdulillah,budak yang tak mampu terima kenyataan yang dia belajar di bumi usim itu sudah 2 tahun bergelar graduan. Budak yang tak suka IT itu akhirnya bekerja dalam bidang IT. Maafkan budak itu. Dia dulunya tak tahu IT itu bagaimana. Dia ingat IT itu sekadar bermain game saja.

Sunday, December 9, 2012

Kembara di Bumi Hang Tuah


Alhamdulillah, hari ahad bersamaan 2 disember 2012, aku dan rakan-rakan kelas telah selamat menjejakkan kaki di Bandar hang tuah..bandar yang penuh dengan sejarah kesultanan melayu Melaka dan sejarah-sejarah lain yang pernah termaktub dalam buku sejarah yang pernah kita belajar masa tingkatan 4&5..huhu..SEJARAH..suatu ilmu yang aku anggap ubat tidur dikala mata susah untuk dipejam..hahaha
Kembaranya kami ke bumi Melaka pada mulanya adalah atas dasar assignment. Assigment yang memerlukan kami pergi melancong..hehe..macam best jer  kan objektif assignment ni..persetujuan dicapai untuk memulakan perjalanan seawal  pukul 8 pagi..maka  keesokan harinya, aku  telah bersiap dan turun pada pukul 7.50 pg..namun,hanya kelibat aku jer yang kelihatan..mana yang lain??ok..nmpaknya yg lain masih menyiapkan diri..xpa2..

Setelah mengangkut semua penumpang, maka kami pun bergerak la tinggalkan USIM yang tak berapa nak dicintai ni. Adli, Huzzy, Hvez, Aimi dan aku naik satu kereta dan yang lain naik satu kereta.Sepanjang perjalanan, hvez cuba untuk shoot  signboard..kononnya nak buat ala-ala cuti2 Malaysia  untuk video nanti..The power of  DSLR begin now!! destinasi pertama adalah A Famosa. Takde apa yang mampu kami buat di sini..bayaran nak masuk safari jer hampir mencecah RM50 sorang..ok..tak jadi nak masuk laaa..

Bergambar kenangan dkt pintu masuk A Famosa

The next destination is Menara Taming Sari..Seriusss..kami SESAT dalam bandar.Kereta masing2 terpisah..pandai2 la cari jalan nak ke Dataran Pahlawan..Kami parking kereta agak jauh dari dataran.terpaksa la berjalan kaki.. Takpe..berjalan kaki itu memang hobi budak2 usim tatkala ketinggalan bas untuk balik ke KK1..:)



A Famosa

Menara Taming Sari

Seterusnya kami serbu pulak Muzium Samudera selepas habis tengok view yang cantik dari atas Menara Taming Sari..Subhanallah..This is my first experience naik menara ni..so, agak jakun di situ..tskk

Bergambar di atas Muzium Samudera
Bersama Hang Tuah..aku rasa cam hidup jer menatang ni..cuak aku nk pandang lama2



Alhamdulillah..berakhir sudah kisah pengembaraan di bumi Melaka. This is the sweetest memory that i will remember forever..insyaAllah..Thanks for them...Adli, Hvez, Huzzy, Aimi, Syazana, Nurul, Miza, Syifa,Fika and Husna!! 

Monday, November 26, 2012

Bedah hati...

Assalamualaikum..alhamdulillah, aku masih lagi berada di bumi Usim yang barakah ini. Dah berjuta-juta kali terniat nak tukaq  U tp tak jadi. Camna nak tukar U kalau prosedur pun aku tak taw..huhu..tp takpa..bila aku fikir-fikir balik, Allah know better..maybe DIA nak suruh aku berubah menjadi lebih baik..that's y aku tercampak ke bumi Nilai..wallahhualam..Dulu aku pernah terfikir seandainya aku ada kuasa untuk putarkan waktu kembali ke moment yang aku suka..hmm..alangkah bestnyaaa..kalau lah keajaiban tu berlaku, benda pertama yang aku nk buat adalah tukar balik apa yg aku dah pilih 2 bulan lepas..hehe
USM..ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Biologi..aku paling pantang menghafal tp knp depa bagi aku bio??huhu..tak mau..
Universiti Sains Islam Malaysia..ehh..time bila plak aku mintak USIM ni??
Universiti Al-Zagazig, Mesir..alhamdulillah, ditawarkan bidang perubatan..tp aku reject..nyesal lak rasanya..

Sampai hari ni, aku pun tak taw sebab aku tolak Medik..serious aku tak taw..yang aku taw bila aku dapat tawaran tu aku rasa tak mau p..pelik betul..maybe Allah nak lorongkan aku ke jalan yang aku patut berada..mungkin perubatan tak sesuai dengan jiwa aku. Mungkin bidang yang aku tengah berusaha untuk study sekarang adalah yang terbaik untuk aku. mungkin aku dapat menyumbang sesuatu untuk negara suatu hari nanti..


tapi andai kata aku diberi pilihan untuk kali kedua, aku takkan teragak2 untuk pilih Medic..


tapi malangnya aku juga bercita-cita untuk menggodam sistem keselamatan dan peluru berpandu Israel..bercita-cita tinggi untuk menghantar virus-virus baru melalui pengetahuan IT kepada pengkalan data mereka..cisss..sungguh tinggi angan-angan..



Sunday, October 14, 2012

Baru tersedar..dah jauh kaki melangkah rupanya..

Melihat kudrat tua ibu ayah..
Mengigil tatkala memikul beban..
Bagasi yang penuh berisi..
Dengan segala kelengkapan.

Melihat kudrat tua ibu ayah..
Dengan wajah yang penuh keikhlasan..
Dengan hati yang penuh pengharapan..
Dengan fikiran yang sentiasa melayang.

Bagaimana suara hatinya?
Bagaimana fikirannya?

Adakah anak kecil yang kini dewasa yang melangkah ke alam baru..
Akan benar pejuangannya?
Akan terjamin masa depannya?
Akan benar jalan hidupnya?

Begitulah takdir,
Walau kudrat tua itu menghantar penuh pengharapan..
Kadangkala pengharapan itu berkecai dek sikap anak yang salah pilihannya..
Yang salah memilih temannya,
Tak kurang juga yang berjaya,
Namun hina jalan hidupnya,
Melupakan kudrat tua yang suatu masa dahulu yang pernah mengigil..
Dek memikul beban menggila..
Menendang jauh-jauh,
Kudrat tua yang suatu masa dahulu..
Memeluk erat dirnya.

Pesan buat anak muda,
Jika hilang arah tujuanmu,
Jika hilang arahmu,
Ingatlah Dia dan..
Ingatlah kudrat tua itu,
Yang tak putus-putus..
Mendoakan kejayaan..
Mendoakan kesejahteraan..
Yang tak lekang daripada mengingatimu wahai anak muda,
Yang sentiasa memberi kasih sayang..
Dengan doa yang sentiasa meniti di bibir mereka.

Selamat datang mahasiswa,
Salam dari bumi Tuhan,



Cancelory building yg sgt cantik..adelah baru 2 kali berurusan kt bangunan ni..:)



Pemandangan USIM waktu malam..gambar xcantik sebab kamera da masalah








welcome to USIM..1/9/2012..

~credit to SPMM USIM~

Tuesday, October 9, 2012

It Will Be Dawn..

It can be seen that there is no hope
The desire is dying slowly
The faith is fading
There's tears each and every day
You only see thorns around you

The determination of conquering is no longer there
The pursuit of that dream no longer exists
The courage of being something one day has vanished
Visualization of that dream is blurred

Life at times is not easy
Life at times does not go in your direction
But never give up

Being challenged is part of being human
Challenges are there to strengthen you
So enjoy them and manipulate them
To your own direction

Hold on, it will be dawn
The cock will crow, it will be dawn
The morning star will shine, it will be dawn
The darkness will be gone, it will be dawn
The sun will shine, it will be dawn
It will be da
It will be dawn
You will see the light, one day
If you are determined to conquer!!

Cabaran dalam kehidupan..just remember that allah doesn't burden us with things that we cannot bear and  just verify every difficulties..there's a relief..Sungguh..ayat ni la yang jadi penguat semangat aku untuk terus berjaya.. Minggu ni aku dah mula rasa kehilangan..Betul kan bila kita dah hilang sesuatu barulah kita menghargainya..Aku mula menghargai apa yang pernah jadi milik aku bila  sesuatu tu dah pergi jauh..Hilang dari pandangan selama-lamanya..redha..


Thursday, February 16, 2012

A man who decides to change on the 12th hour.... dies on the 11th

Assalamualaikum..
Alhamdulillah malam ni aku mampu meluahkan apa yang bersarang dekat dalam akal fikiran..dah naik kusut otak menyimpan berbagai memori baik yang baru ataupun lama. Entah kenapa aku rasa sel-sel neuron dalam otak aku masih banyak yang tak aktif..that's why aku lambat nak proses maklumat yang ditanya member2 aku yang  kadangkala  bersifat agak out of syllibus..berfikir di luar alam..huhu..Yeay..
akhirnya berjaya jugak aku habiskan cerita CONTENGAN JALANAN..contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan...Novel yang  bukan sekadar novel suka-suka tapi sebuah cerita yang mampu menghidupkan neuron-neuron dalam otak aku supaya kembali bekerja..Tertarik dengan a quote dalam cerita ni;
A MAN WHO DECIDE TO CHANGE ON THE 12TH HOUR..DIES ON THE 11TH

Setelah mendengar quote ni aku dengan secara tiba-tiba jadi seorang yang sangat curious nak tahu apa makna di sebalik ayat tu..Apalagi terus la google cari benda yang ada kaitan dengan the 11th hour..Lantas kutemui INI...

'A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th'


Sebut pasal the 11th hour ni, it's about life kat dunia ni sementara saja..At any time, Allah akan ambil nyawa kita..Apa yang kita miliki even duit yang berkepuk-kepuk dalam bank , kereta-kereta mewah yang pelbagai tu takkan mampu tolong kita pun dekat dalam Alam kubur..


Apakah yang akan disesalkan jika Allah ambil nyawa kita sekarang? ada hajat yang belum kesampaian? belum ada duit banyak??? belum ada rumah besar???belum ada kereta mewah???think again...benarkah kalau takdak benda-benda tu semua, kalau mati sekarang dikira hajat tak sampai???


Bila tiba saat kita untuk bertemuNya, benarkah tiada apa yang disesalkan? sudah benar-benar bersediakah kita untuk menghadapi saat kematian? selama hidup di dunia, sudah laksanakan semua yang Allah perintahkan?? sudah tinggalkan semua yang dilarang??

Bila mahu sedar yang dunia ini hanya kesempatan dan persinggahan untuk menyediakan bekalan ke alam sana? Bila mahu sedar segala apa yang dikejarkan akan dihisab di neraca almizan? Janji Allah itu benar..yakin atau tidak pada Dia, segala apa yang diberitahu, segala apa yang dijanji, pasti akan benar-benar berlaku...


Semoga kita sempat berubah di jam yang ke-10, sebelum Allah ambil nyawa kita di jam ke-11...bukan
mati di jam ke-11 sebelum sempat berubah di jam ke-12...... to change, before it's too late...because death could hit anytime, anywhere, soon...
*Teringat allahyarham Irsyad yang pulang ke rahmatullah pada 1 Syawal..Dapat bertaubat dan berubah sebelum ajal datang menjemput..Betul-betul perubahan yang 360 darjah..Syukur..

                                                               





Thursday, February 2, 2012

Saya Sudah Bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya , namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insan. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama.. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian , Negeri Abadi.Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari masinis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan"

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu persatu .. helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam pertama... sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang.. As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak , siapa tunang akak ? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"InsyaAllah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa !"

Aku tersenyum entah sekian berapa kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa'ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah ?"

Aku tiada jawapan khusus.

"InsyaAllah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"InsyaAllah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti.."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu..

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Enti, jom makan!"

Aku tersenyum lagi.. Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah enti diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat.. Tarikhnya tak tetap lagi ke ?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf , tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

***

"innalillahi waiina ilaihi rojiun.."

"Tenangnya.. Subhanallah. Allahuakbar"

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinkahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku.. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hambaMu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Akak bertunang dengan siapa , makcik?"

Ibu tenang menjawab .. " Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya unya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh"

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama.... "

Ibu angguk perlahan, tersenyum lembut .. "Ini nak, bukunya." Senaskhah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'

"Ya Allah, patut la akak selalu menangis.. Khalilah tak tahu makcik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu akak mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah utnutk dimandikan.."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku pada Allah. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan apabila Allah meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah yg saya garap,  tapi diambil dari kisah seorang sahabat..semoga ianya dapat dijadikan iktibar kepada kita semua..