Sunday, December 9, 2012

Kembara di Bumi Hang Tuah


Alhamdulillah, hari ahad bersamaan 2 disember 2012, aku dan rakan-rakan kelas telah selamat menjejakkan kaki di Bandar hang tuah..bandar yang penuh dengan sejarah kesultanan melayu Melaka dan sejarah-sejarah lain yang pernah termaktub dalam buku sejarah yang pernah kita belajar masa tingkatan 4&5..huhu..SEJARAH..suatu ilmu yang aku anggap ubat tidur dikala mata susah untuk dipejam..hahaha
Kembaranya kami ke bumi Melaka pada mulanya adalah atas dasar assignment. Assigment yang memerlukan kami pergi melancong..hehe..macam best jer  kan objektif assignment ni..persetujuan dicapai untuk memulakan perjalanan seawal  pukul 8 pagi..maka  keesokan harinya, aku  telah bersiap dan turun pada pukul 7.50 pg..namun,hanya kelibat aku jer yang kelihatan..mana yang lain??ok..nmpaknya yg lain masih menyiapkan diri..xpa2..

Setelah mengangkut semua penumpang, maka kami pun bergerak la tinggalkan USIM yang tak berapa nak dicintai ni. Adli, Huzzy, Hvez, Aimi dan aku naik satu kereta dan yang lain naik satu kereta.Sepanjang perjalanan, hvez cuba untuk shoot  signboard..kononnya nak buat ala-ala cuti2 Malaysia  untuk video nanti..The power of  DSLR begin now!! destinasi pertama adalah A Famosa. Takde apa yang mampu kami buat di sini..bayaran nak masuk safari jer hampir mencecah RM50 sorang..ok..tak jadi nak masuk laaa..

Bergambar kenangan dkt pintu masuk A Famosa

The next destination is Menara Taming Sari..Seriusss..kami SESAT dalam bandar.Kereta masing2 terpisah..pandai2 la cari jalan nak ke Dataran Pahlawan..Kami parking kereta agak jauh dari dataran.terpaksa la berjalan kaki.. Takpe..berjalan kaki itu memang hobi budak2 usim tatkala ketinggalan bas untuk balik ke KK1..:)



A Famosa

Menara Taming Sari

Seterusnya kami serbu pulak Muzium Samudera selepas habis tengok view yang cantik dari atas Menara Taming Sari..Subhanallah..This is my first experience naik menara ni..so, agak jakun di situ..tskk

Bergambar di atas Muzium Samudera
Bersama Hang Tuah..aku rasa cam hidup jer menatang ni..cuak aku nk pandang lama2



Alhamdulillah..berakhir sudah kisah pengembaraan di bumi Melaka. This is the sweetest memory that i will remember forever..insyaAllah..Thanks for them...Adli, Hvez, Huzzy, Aimi, Syazana, Nurul, Miza, Syifa,Fika and Husna!!