Saturday, December 17, 2011

Percaturan kehidupan...

Assalamualaikum..dengan lafaz mulia ini aku mulakan percaturan ini..Alhamdulillah..hari ini rasa bahagia sangat..Syukur alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang melihat suasana subuh yang hening, mendengar suara riuh rendah pak cik-pak cik cafeteria, masih mampu menunaikan hak terhadap Pencipta..Syukur alhamdulillah.Tandanya aku masih mempunyai mata untuk melihat kebesaran Allah, masih mempunyai telinga untuk mendengar setiap gema alam, masih mempunyai kudrat dan anggota yang baik untuk aku bersujud kepada Allah yang satu..Semalam puas aku bermonolog sendirian..Ke mana hala tuju hidupku sebenarnya?? Berjayakah aku dalam misi membentuk semula pegangan yang rapuh? Akan tertewaskah aku kelak? Sesungguhnya aku tiada jawapan terhadap setiap persoalan itu..Persoalan demi persoalan yang cuma mampu menyerabutkan kotak pemikiranku tanpa sebarang jawapan..Argghhh..puas sudah saraf neuronku cuba menghantar sesuatu ke otak namun tersekat di tengah-tengah..seolah-olah ada sekatan polis yang menghalang perjalanan..Sesuatu yang aku pasti apa yang aku fikirkan akan reflect keapada diriku sendiri. Buktinya semalam masa on da way nak ke cafe B, Ija melaung-laung panggil nama aku..Siap lambai-lambai lagi tapi aku tak dengar sepatah apa pun..Jalan dengan penuh tawaduk sambil mengira rumput2 yang ada di sepanjang perjalanan..hahaha..sebenarnya aku tengah fikir sesuatu sampai tak sedar apa yang berlaku..Kan bagus kalau aku boleh wat camni jugak bila nak study..ishhh..susah jgk penyakit macam nie..Penyakit fokus sampai kena pisau pun aku tak rasa sakit gamaknya..Nauzubillah.

"Dah kira semua rumput yang ada kat situ? Ada berapa?' 
 Adusss..soalan apakah ini??
"tawaduknya berjalan..tak pandang kiri kanan dah..tunduk bawah jer..hehe"
 dusss..aku tengah berfikir sambil berjalan la..haha..kantoi..

Hari ni aku dengar sesuatu yang baru..Sesuatu yang aku tak mampu agak sama sekali..x pernah terduga pun..Besarnya rahmat Allah..Mesti ada sebab di atas sesuatu yang berlaku.Wahai rakanku, Allah tidak akan menguji  seseorang hambanya melainkan dengan apa yang dia mampu hadapi..wajar ataupun tidak semuanya bergantung kepada dirimu sendiri.Justeru, mohonlah perlindungan Tuhan dan beristikharahlah sebelum membuat keputusan..Aku tidak layak menjadi penasihatmu kerana aku belum cukup tinggi ilmu di dada. Belum layak menerima  kerana aku tidak pernah memberi. Fikirkanlah dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya..sesungguhnya Allah lebih mengetahui..



Monday, December 12, 2011

My Experience..My proud

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari yang mampu aku banggakan..Bukan senang nak bangun pukul 4 pagi siap mandi lagi. Memang tak pernah aku mandi pukul 4 pagi. Menggiggil-gigil badan terkena penangan air yang keluar dari paip besi tu..Sejuk giler..tapi takpe..demi Sultan Kedah yang amat aku sanjungi aku sanggup..hehehe..kami diarahkan untuk mengiringi keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Sultan Kedah ke Lapangan Terbang Kepala Batas. 50 buah bas disediakan untuk membawa kami ke upacara yang mencatat sejarah tu. Perjalanan yang kurang daripada sejam tu agak hambar. Yela..sebab time bertolak tu dalam pukul 5 pagi memang tak nampak apa la. Yang ada cuma lampu-lampu jalan dengan deretan bas yang panjang.  Sampai dekat masjid, aku tengok jam dah pukul 6 pagi. So, as a muslim kami pun menunaikan kewajipan yang sepatutnya. Memang penuh masjid tu. Macam-macam orang dari macam-macam agensi ada. Ada yang dari Kolej Penerbangan, Kolej Kejururawatan Alor star, Kastam Diraja, Kolej-kolej matrikulasi..memang ramai giler..Semuanya menunggu lintasan Sultan Kedah dan Sultanah. Aku rasa sebak sangat tadi. Bila fikir-fikir balik masa Sultan Kedah jadi Agong ke 5 dulu aku tak lahir lagi. Dan sekarang sekali lagi baginda ditabalkan jadi Yang Dipertuan Agong buat kali kedua. Sangat hebat!!  Penuh jer jalan raya 2 dengan budak-budak yang pakai baju kuning merah. (Simbolik untuk bendera kedah sebenarnya.) Dari kerabat Diraja, VVIP, VVVVIP semua dah lalu..Ishhh..mana Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ni?? tak nampak kelibat pun??..tunggu punya tunggu akhirnya kereta Mercedes jenis lama itu pun meluncur atas jalan. Bukan slow tapi laju jer driver dia bawak..memang kureng betul. Aku nampak la jugak tp kejap jer..takpe2..yang penting dapat tengok.. After that, kami pun diberi makan dan dapat surat khabar free..yeayyyy!!!then after sometimes kami pun kena bertolak balik ke KMK..almaklumlah kuliah tetap ada..ngantuk pun tak hilang lagi..nak qada tidur dah rasa macan tak penting..yang penting aku dah capai beberapa matlamat aku.ape dia matlamat aku tu??hehe..

1) nak tengok rupa Sultan yang mentadbir Kedah dekat setengah abad ni secara live..(misi berjaya)
2) nak jimat duit..(dah jimat sebab dapat makanan free..psssttt, aku bedal samapi 2 bungkus..hehe..)
3) nak bagi penghormatan dan keyakinan kepada sultan kita betapa kita sebagai rakyat menyokong
    baginda  
    100%..(rasa bangga sebab Sultan Kedah jadi Yang Dipertuan Agong yang baru..)
4) nk keluar daripada matrik sekejap..(dah keluar dah pukul 5 pg sambil menikmati pemandangan yang
     gelap) misi tercapai even dalam keadaan serba kekurangan..

jap2 aku tunjuk pos2 yang sempat aku rakam..:)

banner ni aku nmpk time nk blk..snap la kjp..

















Friday, December 9, 2011

Maaf...

Assalamualaikum..aku tak tahu macam mana nak mula..
Maaf..hanya itu yang mampu kulafaz. Sedih bila baca post dia. Baru sedar diri dah buat silap
Dah dekat 1 sem lebih baru dapat tau. Rupanya dia tak macam apa yang aku fikir. Langsung tak. Mula-mula aku ingat dia memang macam tu dari dulu..Terkesan di hati bila baca tulisan dia..
"I CREATE THIS FOR HER..BUT SHE'S GONE NOW'
Lagi sedih+terharu bila tengok puisi ni dekat dia punya note..Baru sedar siapa dia dan siapa aku..Sorry for make me feel that you are bad person..SORRY for everything that I had done to you..SORRY for give you some problem that make you become miserable..SORRY for everything!!I'M SORRY..PLS FORGIVE ME!!PLS....

Inilah dia benda yang buat aku rasa nak lari satu KMK ni..

I don't believe anybody,
Feels the way I do, 
About You.

Some say Love is like a Crystal, 
You dont know the value,
Untill it breaks.
Once it break you try to fix the crystal,

But,
It almost impossible to get it back ,
To the real shape.
There is only tears of regret,
Flow with the mistake ,
Why must it break?
I know there is another beautiful crystal,
Exist in this world,

But,
None can replace this broken crystal,
The absence of it,
Change almost everything, I cant forget ,
How it shines ,
Its glow ,
In the middle of ,
The dark side of mine,

Sigh,
The crystal was at my hand,
I don't know it was,
When I just realize ,
Its already too late..



Rupanya banyak benda yang aku salah faham..Nampaknya aku kena mintak maaf dengan banyak orang..

P/S: camna nak mintak maaf dengan orang tu??hmm..tak mampu difikirkan lagi..

Thursday, December 1, 2011

Ilmu Hak DIA jer...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kadang-kadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi?
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba.
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa.
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita.
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga?

Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja.
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri.
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah.
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah.
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah.
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah.
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya.
Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)
Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya. Bagaimana dengan diri anda?Mengapa wanita selalu lebih banyak, terutama di peringkat IPT? Ada yang kata dunia nak kiamat, ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical. Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja. Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian. Kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama. Diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya.

Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu. Tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya - mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui.
Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
Khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"
Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh. Satu persoalan yang sering bermain di fikiran. Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya?
InsyaAllah inilah jawapannya.
Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya. Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga. Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, paling kurang 5 kali ikrar diulang setiap hari. Semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)
Di mana kita selama ini? Ilmu apa yang kita tuntut? Jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai.
Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua;
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"
Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai. Tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Ilahi. Ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati. 

Katakan Tidak Pada Cinta??

CINTA???...Apa yang kita faham tentang cinta? Jika sebut tentang cinta pasti teringat pada si buah hati...si uda rindukan si dara...ibarat rindu si laila dengan si majnun...Apa salahnya jika sebut saja tentang cinta, kita teringatkan pada cinta Allah, cintakan Nabi, cintakan para sahabat, cintakan Al-Quran...Cinta pada ibu bapa, cintakan adik beradik, cintakan sahabat...cinta ilmu...bukan bermaksud menolak fitrah...Tapi inilah yang dikatakan sebagai berani untuk katakan tidak pada cinta...Cinta yang bagaimana? Mungkin kita boleh katakan tidak pada cinta kita pada nafsu makan kita yang membuak2...Kita cuba berpuasa...Bila menyebut tentang berani untuk katakan tidak pada cinta, teringat saya pada kisah Nabi Nuh, bagaimana baginda berani untuk katakan tidak pada cintanya pada anak dan isterinya yang ditelan banjir besar, bagaimana Nabi Ibrahim berani untuk mengatakan tidak pada cintanya pada anaknya Nabi Ismail, sedangkan semua golongan yang terkorban ini adalah orang yang mereka sayang...Inilah bukti pengorbanan cinta mereka pada Allah yang memampukan mereka untuk berani mengatakan tidak pada cinta mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Cintakan Allah melebihi segalanya...Cintakan Allah melebihi cinta pada dunia...dunia hanyalah pinjaman, akhiratlah yang kekal abadi. Apa yang kita tanam di dunia akan kita tuai di akhirat kelak. Boleh saya analogikan seperti hidup di dunia, kita bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Semakin kuat kita bekerja, maka semakin lumayanlah hasilnya. Semakin banyak kita beribadah niat ikhlas kerana Allah, semakin banyak kita menundukkan nafsu, dan meningkatkan keimanan pada Allah, maka semakin meningkatlah saham kita untuk kita raih di akhirat kelak. Kita tidak sedar, kita tidak lakukan kerana semuanya tidak nampak di depan mata.



Teringat saya pada perbualan dengan seorang hamba Allah " Susah nak tinggalkan dunia cinta kalau kita pernah bercinta. Kalau dah putus, kita mesti akan usaha cari lagi yang lain sebagai ganti. Hidup akan terasa kosong kalau tak ada buah hati". Minta maaf kalau kenyataan ini saya persoalkan. Terasa Kosong? Kita tanya pada hati, hati kita kososng sebab ape? Kosong pada kasih manusia? Sedangkan kalau kita fikirkan semula, Allah itu maha pengasih maha penyayang. SifatNya yang maha kaya itu yang akan membantu kita dalam mengisi kekosongan jiwa. Cuba dekatkan diri padaNya. Bukan hendak menuduh bahawa pasangan yang bercinta ini tidak mendekatkan diri pada Allah. Namun, kadang-kadang dunia percintaan ini melekakan kita sebagai manusia untuk beribadah. Aku solat. Tapi persoalannya, solat di awal waktu , di pertengahan atau di hujung? Aku bertudung. Tapi, keluar berdua dengan yang bukan muhrim tanpa berteman? Aku ingat orang tua. Tapi berapa banyak kredit yang habis untuk menghubungi ibu bapa berbanding kekasih hati? Fkirkan...Bukan menolak fitrah..tapi sekadar ingin mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Antara nafsu dan iman. Jangan biarkan nafsu menguasai iman kita. Teringat pada sebuah kisah, seorang pemuda yang pergi mengembara bersama seorang ulama tua. Pemuda ini pergi mengembara bersama ulama ini kerana ingin belajar memperbaiki akhlaknya, mnambah ilmu di dada. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui gunung yang sangat curam. Si pemuda pun dengan keluhan menyatakan hasrat hatinya pada ulama. "Alangkah bagusnya kalau kita dapat menungggang keldai dalam pengembaraan ini" Ulama tua itu pun menjawab, " Anak mahukan keldai? Marilah kita singgah untuk membeli keldai sebentar.". Mendengar kenyataan itu, cukup berbunga hati pemuada tersebut. Namun, setelah keldai itu dibelikan, ulama tersebut bukannya menyuruh pemuda itu untuk menunggang keldai tersebut, sebaliknya, dia menyuruh pemuda itu untuk mendukung keldai tersebut. Umpamnya seperti pemuda itu yang menunggang keldai. Pemuda itu meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan tindakn ulama tersebut kerana dia ingat akan niatnya di awal pengembaraan, iaitu untuk menuntut ilmu dengan ulama tersebut. Setelah sampai ke destinasi, ulama tersebut menerangkan kepada pemuda tersebut, kenapa dan mengapa dia bertindak sebegitu. Saya menyuruh kamu mendukung keldai itu, bukan dengan niat untuk menyeksa kamu, tetapi engan niat untuk menunjukkan kepada kamu betapa susahnya kehidupan sekiranya kita ditunggangi oleh nafsu. Keldai itu ibarat nafsu kamu yang kepenatan mengembara. Pada kamu terdapat keduanya. Iman dan nafsu. Tetapi jika kamu ditunggangi nafsu, kamu tidak akan bahagia. Sebaliknya jika kamu ditunggangi dengan iman, kamu akan bahagia dan selamat. Berat kan bila mendukung keldai itu? Begitu jugalah beratnya kehidupan yang ditunggangi nafsu...diharapkan kita dapat sama-sama bermuhasabah menerusi perkongsian ini...Saya pohon kemaafan sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak.
:)

                                                      p/s: Cinta pada Allah, CINTA teragung...

                   Allah akan jaga hati orang yang amat mencintaiNya..InsyaAllah hatinya tidak akan disakiti..