Saturday, December 17, 2011

Percaturan kehidupan...

Assalamualaikum..dengan lafaz mulia ini aku mulakan percaturan ini..Alhamdulillah..hari ini rasa bahagia sangat..Syukur alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang melihat suasana subuh yang hening, mendengar suara riuh rendah pak cik-pak cik cafeteria, masih mampu menunaikan hak terhadap Pencipta..Syukur alhamdulillah.Tandanya aku masih mempunyai mata untuk melihat kebesaran Allah, masih mempunyai telinga untuk mendengar setiap gema alam, masih mempunyai kudrat dan anggota yang baik untuk aku bersujud kepada Allah yang satu..Semalam puas aku bermonolog sendirian..Ke mana hala tuju hidupku sebenarnya?? Berjayakah aku dalam misi membentuk semula pegangan yang rapuh? Akan tertewaskah aku kelak? Sesungguhnya aku tiada jawapan terhadap setiap persoalan itu..Persoalan demi persoalan yang cuma mampu menyerabutkan kotak pemikiranku tanpa sebarang jawapan..Argghhh..puas sudah saraf neuronku cuba menghantar sesuatu ke otak namun tersekat di tengah-tengah..seolah-olah ada sekatan polis yang menghalang perjalanan..Sesuatu yang aku pasti apa yang aku fikirkan akan reflect keapada diriku sendiri. Buktinya semalam masa on da way nak ke cafe B, Ija melaung-laung panggil nama aku..Siap lambai-lambai lagi tapi aku tak dengar sepatah apa pun..Jalan dengan penuh tawaduk sambil mengira rumput2 yang ada di sepanjang perjalanan..hahaha..sebenarnya aku tengah fikir sesuatu sampai tak sedar apa yang berlaku..Kan bagus kalau aku boleh wat camni jugak bila nak study..ishhh..susah jgk penyakit macam nie..Penyakit fokus sampai kena pisau pun aku tak rasa sakit gamaknya..Nauzubillah.

"Dah kira semua rumput yang ada kat situ? Ada berapa?' 
 Adusss..soalan apakah ini??
"tawaduknya berjalan..tak pandang kiri kanan dah..tunduk bawah jer..hehe"
 dusss..aku tengah berfikir sambil berjalan la..haha..kantoi..

Hari ni aku dengar sesuatu yang baru..Sesuatu yang aku tak mampu agak sama sekali..x pernah terduga pun..Besarnya rahmat Allah..Mesti ada sebab di atas sesuatu yang berlaku.Wahai rakanku, Allah tidak akan menguji  seseorang hambanya melainkan dengan apa yang dia mampu hadapi..wajar ataupun tidak semuanya bergantung kepada dirimu sendiri.Justeru, mohonlah perlindungan Tuhan dan beristikharahlah sebelum membuat keputusan..Aku tidak layak menjadi penasihatmu kerana aku belum cukup tinggi ilmu di dada. Belum layak menerima  kerana aku tidak pernah memberi. Fikirkanlah dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya..sesungguhnya Allah lebih mengetahui..



Monday, December 12, 2011

My Experience..My proud

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari yang mampu aku banggakan..Bukan senang nak bangun pukul 4 pagi siap mandi lagi. Memang tak pernah aku mandi pukul 4 pagi. Menggiggil-gigil badan terkena penangan air yang keluar dari paip besi tu..Sejuk giler..tapi takpe..demi Sultan Kedah yang amat aku sanjungi aku sanggup..hehehe..kami diarahkan untuk mengiringi keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Sultan Kedah ke Lapangan Terbang Kepala Batas. 50 buah bas disediakan untuk membawa kami ke upacara yang mencatat sejarah tu. Perjalanan yang kurang daripada sejam tu agak hambar. Yela..sebab time bertolak tu dalam pukul 5 pagi memang tak nampak apa la. Yang ada cuma lampu-lampu jalan dengan deretan bas yang panjang.  Sampai dekat masjid, aku tengok jam dah pukul 6 pagi. So, as a muslim kami pun menunaikan kewajipan yang sepatutnya. Memang penuh masjid tu. Macam-macam orang dari macam-macam agensi ada. Ada yang dari Kolej Penerbangan, Kolej Kejururawatan Alor star, Kastam Diraja, Kolej-kolej matrikulasi..memang ramai giler..Semuanya menunggu lintasan Sultan Kedah dan Sultanah. Aku rasa sebak sangat tadi. Bila fikir-fikir balik masa Sultan Kedah jadi Agong ke 5 dulu aku tak lahir lagi. Dan sekarang sekali lagi baginda ditabalkan jadi Yang Dipertuan Agong buat kali kedua. Sangat hebat!!  Penuh jer jalan raya 2 dengan budak-budak yang pakai baju kuning merah. (Simbolik untuk bendera kedah sebenarnya.) Dari kerabat Diraja, VVIP, VVVVIP semua dah lalu..Ishhh..mana Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ni?? tak nampak kelibat pun??..tunggu punya tunggu akhirnya kereta Mercedes jenis lama itu pun meluncur atas jalan. Bukan slow tapi laju jer driver dia bawak..memang kureng betul. Aku nampak la jugak tp kejap jer..takpe2..yang penting dapat tengok.. After that, kami pun diberi makan dan dapat surat khabar free..yeayyyy!!!then after sometimes kami pun kena bertolak balik ke KMK..almaklumlah kuliah tetap ada..ngantuk pun tak hilang lagi..nak qada tidur dah rasa macan tak penting..yang penting aku dah capai beberapa matlamat aku.ape dia matlamat aku tu??hehe..

1) nak tengok rupa Sultan yang mentadbir Kedah dekat setengah abad ni secara live..(misi berjaya)
2) nak jimat duit..(dah jimat sebab dapat makanan free..psssttt, aku bedal samapi 2 bungkus..hehe..)
3) nak bagi penghormatan dan keyakinan kepada sultan kita betapa kita sebagai rakyat menyokong
    baginda  
    100%..(rasa bangga sebab Sultan Kedah jadi Yang Dipertuan Agong yang baru..)
4) nk keluar daripada matrik sekejap..(dah keluar dah pukul 5 pg sambil menikmati pemandangan yang
     gelap) misi tercapai even dalam keadaan serba kekurangan..

jap2 aku tunjuk pos2 yang sempat aku rakam..:)

banner ni aku nmpk time nk blk..snap la kjp..

















Friday, December 9, 2011

Maaf...

Assalamualaikum..aku tak tahu macam mana nak mula..
Maaf..hanya itu yang mampu kulafaz. Sedih bila baca post dia. Baru sedar diri dah buat silap
Dah dekat 1 sem lebih baru dapat tau. Rupanya dia tak macam apa yang aku fikir. Langsung tak. Mula-mula aku ingat dia memang macam tu dari dulu..Terkesan di hati bila baca tulisan dia..
"I CREATE THIS FOR HER..BUT SHE'S GONE NOW'
Lagi sedih+terharu bila tengok puisi ni dekat dia punya note..Baru sedar siapa dia dan siapa aku..Sorry for make me feel that you are bad person..SORRY for everything that I had done to you..SORRY for give you some problem that make you become miserable..SORRY for everything!!I'M SORRY..PLS FORGIVE ME!!PLS....

Inilah dia benda yang buat aku rasa nak lari satu KMK ni..

I don't believe anybody,
Feels the way I do, 
About You.

Some say Love is like a Crystal, 
You dont know the value,
Untill it breaks.
Once it break you try to fix the crystal,

But,
It almost impossible to get it back ,
To the real shape.
There is only tears of regret,
Flow with the mistake ,
Why must it break?
I know there is another beautiful crystal,
Exist in this world,

But,
None can replace this broken crystal,
The absence of it,
Change almost everything, I cant forget ,
How it shines ,
Its glow ,
In the middle of ,
The dark side of mine,

Sigh,
The crystal was at my hand,
I don't know it was,
When I just realize ,
Its already too late..



Rupanya banyak benda yang aku salah faham..Nampaknya aku kena mintak maaf dengan banyak orang..

P/S: camna nak mintak maaf dengan orang tu??hmm..tak mampu difikirkan lagi..

Thursday, December 1, 2011

Ilmu Hak DIA jer...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kadang-kadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi?
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba.
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa.
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat.
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita.
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga?

Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja.
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri.
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah.
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah.
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah.
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah.
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya.
Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)
Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya. Bagaimana dengan diri anda?Mengapa wanita selalu lebih banyak, terutama di peringkat IPT? Ada yang kata dunia nak kiamat, ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical. Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja. Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian. Kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama. Diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya.

Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu. Tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya - mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui.
Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
Khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"
Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh. Satu persoalan yang sering bermain di fikiran. Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya?
InsyaAllah inilah jawapannya.
Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya. Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga. Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, paling kurang 5 kali ikrar diulang setiap hari. Semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)
Di mana kita selama ini? Ilmu apa yang kita tuntut? Jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai.
Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua;
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din"
Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai. Tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Ilahi. Ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati. 

Katakan Tidak Pada Cinta??

CINTA???...Apa yang kita faham tentang cinta? Jika sebut tentang cinta pasti teringat pada si buah hati...si uda rindukan si dara...ibarat rindu si laila dengan si majnun...Apa salahnya jika sebut saja tentang cinta, kita teringatkan pada cinta Allah, cintakan Nabi, cintakan para sahabat, cintakan Al-Quran...Cinta pada ibu bapa, cintakan adik beradik, cintakan sahabat...cinta ilmu...bukan bermaksud menolak fitrah...Tapi inilah yang dikatakan sebagai berani untuk katakan tidak pada cinta...Cinta yang bagaimana? Mungkin kita boleh katakan tidak pada cinta kita pada nafsu makan kita yang membuak2...Kita cuba berpuasa...Bila menyebut tentang berani untuk katakan tidak pada cinta, teringat saya pada kisah Nabi Nuh, bagaimana baginda berani untuk katakan tidak pada cintanya pada anak dan isterinya yang ditelan banjir besar, bagaimana Nabi Ibrahim berani untuk mengatakan tidak pada cintanya pada anaknya Nabi Ismail, sedangkan semua golongan yang terkorban ini adalah orang yang mereka sayang...Inilah bukti pengorbanan cinta mereka pada Allah yang memampukan mereka untuk berani mengatakan tidak pada cinta mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Cintakan Allah melebihi segalanya...Cintakan Allah melebihi cinta pada dunia...dunia hanyalah pinjaman, akhiratlah yang kekal abadi. Apa yang kita tanam di dunia akan kita tuai di akhirat kelak. Boleh saya analogikan seperti hidup di dunia, kita bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Semakin kuat kita bekerja, maka semakin lumayanlah hasilnya. Semakin banyak kita beribadah niat ikhlas kerana Allah, semakin banyak kita menundukkan nafsu, dan meningkatkan keimanan pada Allah, maka semakin meningkatlah saham kita untuk kita raih di akhirat kelak. Kita tidak sedar, kita tidak lakukan kerana semuanya tidak nampak di depan mata.



Teringat saya pada perbualan dengan seorang hamba Allah " Susah nak tinggalkan dunia cinta kalau kita pernah bercinta. Kalau dah putus, kita mesti akan usaha cari lagi yang lain sebagai ganti. Hidup akan terasa kosong kalau tak ada buah hati". Minta maaf kalau kenyataan ini saya persoalkan. Terasa Kosong? Kita tanya pada hati, hati kita kososng sebab ape? Kosong pada kasih manusia? Sedangkan kalau kita fikirkan semula, Allah itu maha pengasih maha penyayang. SifatNya yang maha kaya itu yang akan membantu kita dalam mengisi kekosongan jiwa. Cuba dekatkan diri padaNya. Bukan hendak menuduh bahawa pasangan yang bercinta ini tidak mendekatkan diri pada Allah. Namun, kadang-kadang dunia percintaan ini melekakan kita sebagai manusia untuk beribadah. Aku solat. Tapi persoalannya, solat di awal waktu , di pertengahan atau di hujung? Aku bertudung. Tapi, keluar berdua dengan yang bukan muhrim tanpa berteman? Aku ingat orang tua. Tapi berapa banyak kredit yang habis untuk menghubungi ibu bapa berbanding kekasih hati? Fkirkan...Bukan menolak fitrah..tapi sekadar ingin mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Antara nafsu dan iman. Jangan biarkan nafsu menguasai iman kita. Teringat pada sebuah kisah, seorang pemuda yang pergi mengembara bersama seorang ulama tua. Pemuda ini pergi mengembara bersama ulama ini kerana ingin belajar memperbaiki akhlaknya, mnambah ilmu di dada. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui gunung yang sangat curam. Si pemuda pun dengan keluhan menyatakan hasrat hatinya pada ulama. "Alangkah bagusnya kalau kita dapat menungggang keldai dalam pengembaraan ini" Ulama tua itu pun menjawab, " Anak mahukan keldai? Marilah kita singgah untuk membeli keldai sebentar.". Mendengar kenyataan itu, cukup berbunga hati pemuada tersebut. Namun, setelah keldai itu dibelikan, ulama tersebut bukannya menyuruh pemuda itu untuk menunggang keldai tersebut, sebaliknya, dia menyuruh pemuda itu untuk mendukung keldai tersebut. Umpamnya seperti pemuda itu yang menunggang keldai. Pemuda itu meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan tindakn ulama tersebut kerana dia ingat akan niatnya di awal pengembaraan, iaitu untuk menuntut ilmu dengan ulama tersebut. Setelah sampai ke destinasi, ulama tersebut menerangkan kepada pemuda tersebut, kenapa dan mengapa dia bertindak sebegitu. Saya menyuruh kamu mendukung keldai itu, bukan dengan niat untuk menyeksa kamu, tetapi engan niat untuk menunjukkan kepada kamu betapa susahnya kehidupan sekiranya kita ditunggangi oleh nafsu. Keldai itu ibarat nafsu kamu yang kepenatan mengembara. Pada kamu terdapat keduanya. Iman dan nafsu. Tetapi jika kamu ditunggangi nafsu, kamu tidak akan bahagia. Sebaliknya jika kamu ditunggangi dengan iman, kamu akan bahagia dan selamat. Berat kan bila mendukung keldai itu? Begitu jugalah beratnya kehidupan yang ditunggangi nafsu...diharapkan kita dapat sama-sama bermuhasabah menerusi perkongsian ini...Saya pohon kemaafan sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak.
:)

                                                      p/s: Cinta pada Allah, CINTA teragung...

                   Allah akan jaga hati orang yang amat mencintaiNya..InsyaAllah hatinya tidak akan disakiti..

Sunday, October 23, 2011

Going to be crazy

mungkin sebelum aku dapat habis matrik bulan 4 tahun depan, aku dah jadi gila. Sekarang ni pun aku dah gila sedikit demi sedikit. Buktinya :

  • Kadang2 aku jerik sorg2 dalam bilik "arghhhhh!!!!" lebih kurang macam tu rr bunyinya.
  • Aku golek2 atas katil.
  • Aku sembang depan cermin.
  • Aku bukak hanset wahal bukan ada mcj pon (saja bukak2 belek2 folder pastu padlock balik).
  • Kadang2 aku naik angin xtentu pasal.
  • Selera makan berkurang.
  • Kadang tu rasa macam nak mati.
  • Orang gila bukan pandai berkawan. Dah ada persamaan dah dengan aku.
  • Tiap2 hari lepas solat subuh aku tidur sampai aku rasa nak bangun baru aku bangun.
  • Aku bukak facebook dan duduk jer depan pc, bukan ada orang nk chat aku pun, komen ker. Kalau manusia normal dah bosan and blah dari depan pc tuh.
Agaknya hati aku dah gelap, terasa jgak nak ambik air sembahyang pastu baca Al-Quran tapi xbuat jgak pon. Huhu..aku pun tak taw nak buat apa dah nie..macam mana aku nak hadapi exam 28 haribulan nie?? Macam mana nak daapt 4 flat kalau otak dah tak betul macam ni?? huhu..i'm going to be crazy!!




Friday, June 24, 2011

Malaikat Menurut Perspektif Sains

Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Malaikat. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana caranya kita mendatangkan kepercayaan kepada Malaikat? Keimanan tidak datang secara bergolek. Keimanan kepada Allah boleh datang dengan meneliti, menghayati dan memikirkan tentang ciptaan-Nya di alam ini. Keimanan kepada Nabi boleh datang dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tapi bagaimana pula keimanan kepada Malaikat? Apakah tanda-tanda kewujudan Malaikat?
Sebelum menjelaskan tentang kewujudan Malaikat, seseorang itu perlu tahu sifat-sifat Malaikat itu sendiri. Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat Malaikat.


1. Malaikat dicipta daripada cahaya

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]
2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.
Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]
3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah.
"Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud." [Al-A'raaf : 206]
4. Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka." [Al-Haaqqah : 17]
5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah.
Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]
Malaikat Satu Bentuk Daya
Malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Dalam hadis Rasulullah, ada dinyatakan bahawa Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya merupakan sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan momentum dan kesannya dapat dilihat apabila berinteraksi dengan jirim. Hal ini selari dengan makna Malaikat itu sendiri yang membawa maksud forces atau daya.
Penciptaan Malaikat tidak seperti Manusia. Manusia dicipta hasil dari tindak balas biokimia. Justeru, Manusia perlu patuh kepada hukum (sunnatullah) biokimia iaitu emosi, makan dan berkahwin (mempunyai jantina). Sebaliknya sinaran elektromagnet dicipta dari tindak balas fizik. Maka itu sinaran elektromagnet tidak tertakluk kepada hukum biokimia dan hal ini selari dengan sifat Malaikat itu sendiri iaitu tiada emosi, tidak bernafsu (tuntutan biologi) dan tiada jantina.
Menurut kajian, cahaya dapat bergerak di dalam vakum dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Al-Qur'an:
"..dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya." [Al-Mursalaat : 2]
Patuh Hukum Alam
Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat disiplin, patuh dan tidak pernah membantah perintah-Nya. Malaikat boleh diinterpretasikan sebagai utusan atau alatan Allah dalam mentadbir alam ini. Menjadi sifat sesuatu alat untuk patuh kepada pemiliknya. Seperti komputer yang diprogramkan untuk patuh menerima arahan oleh pembuatnya, Malaikat juga diprogramkan untuk patuh dan taat kepada perintah Allah. Kita melihat sinaran elektromagnet juga sentiasa 'patuh' kepada hukum fizik yang telah ditetapkan Allah. Sekiranya sinaran elektromagnet ini tidak 'patuh', Albert Einstein tidak akan memasukkan nilai c (halaju cahaya) dalam formulanya; E=mc2 sebagai pemalar (constant).
Di segenap penjuru alam ini, terdapat banyak bukti kepatuhan Malaikat terhadap perintah Allah. Sebagai contoh, antara tugas Malaikat ialah menurunkan hujan. Tugas Malaikat ini boleh dijelaskan secara saintifik. Menurut hukum fizik, pemindahan haba berlaku melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Melalui sinaran cahaya, matahari dapat memindahkan haba (tenaga) ke atas air di lautan Bumi. Setelah memperoleh tenaga, air di lautan mengewap ke udara lalu terkondensasi membentuk hujan.
Tanpa sinaran cahaya, tidak mungkin proses kitaran hujan berlaku kerana Hukum Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, ia hanya boleh berubah bentuk. Maka secara saintifik, air tidak boleh secara tiba-tiba mengewap ke udara tanpa ada tenaga yang dipindahkan. Maka Allah menetapkan supaya tenaga dari Matahari untuk menjadi sumber tenaga untuk air di Bumi dapat mengewap dan Allah memberi tugas kepada Malaikat (sinaran cahaya) untuk menjadi perantaraan pemindahan tenaga ini. Maka terjadilah kitaran hujan. Subhanallah!
Penjelmaan Hologram
Al-Qur'an pernah menceritakan kepada kita bahawa Malaikat pernah diutuskan kepada para Nabi menjelma dalam bentuk manusia. Hal ini tidak mustahil dan dapat difahami dengan mudah. Teknologi kini membolehkan kita mencipta imej 3D dengan hologram. Imej 3D hologram dapat dibuat dengan menggunakan pancaran laser dan pancaran cahaya yang mana kedua-duanya adalah sinaran elektromagnet. Hologram bukan sekadar mencipta imej 3D, akan tetapi hologram juga digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan dalam kad kredit, kad pengenalan, lesen kereta atau VCD/DVD original untuk membezakan antara palsu dan tulen. Sifat hologram yang membezakan kepalsuan dan ketulenan selari dengan sifat Malaikat dalam firman Allah:
"..dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya." [Al-Mursalaat : 4]
Bagaimana pula dengan komunikasi? Sinaran elektromagnet boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada frekuensi gelombang. Jenis-jenisnya termasuklah gelombang radio, gelombang mikro, sinaran terahertz, sinaran infrared, cahaya, sinaran UV, X-rays dan sinar gamma. Komunikasi dapat dilakukan menerusi gelombang radio atau gelombang mikro kerana keduanya adalah satu bentuk sinaran elektromagnet. Kini, terdapat pelbagai alat komunikasi yang menggunakan gelombang radio atau mikro seperti television, radio, telefon bimbit, dan wireless LAN. Maka tidaklah mustahil Malaikat dapat berbicara dengan Nabi dalam keadaan ia merupakan sinaran elektromagnet.
Penutup
Saya berpendapat bahawa tiada salahnya untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbasan akal dengan mengkaji Zat Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?
Daripada saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat, atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan-Nya untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Bagi saya, perkara itu lebih menambah iman.
Wallahua'lam.
- Artikel iluvislam.com

Rujukan
1. IRFI - The Muslim Belief in Angels
2. Muslim.or.id - Iman Kepada Malaikat
3. Al-Ikhwan.net - Iman Kepada Malaikat
4. Wikipedia - Light
5. Wikipedia - Electromagnetic radiation
6. Howstuffworks - How holograms work

Wednesday, March 2, 2011

KELAPA ATAU MUTIARA??? KAMU YANG PILIH...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang



PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...



KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..kamu pilihlah sama ada hendak menjadi

KELAPA ataupun MUTIARA..



di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..



MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang

yang menghadangnya dari ancaman musuh..

Namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..



oleh itu...

pilihlah sendiri...

Menjadi SANTAN..

Mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..tangisan mengiringi zaman..



 

Mari berfikir sejenak...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang (seperti senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak untuk fokus pada sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan dari segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!’

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

- Dr. Stephen Carr Leon -

Saturday, February 19, 2011

Secangkir semangat

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melakar satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu method tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Friday, February 18, 2011

Ilham malam


SPM,
Kau adalah tahun pencetus sejarah
Sejarah yg penuh makna
Dalam hidup seorang pelajar
Demi menyemai kegembiraan
Dalam sanubari insan tersayang
Aku bakal melangkah penuh gagah
Menyemai buah fikiran yg x pernah terhitung
Menabur azam yg x pernah luntur
Demi  mengharapkan hadirnya
Sebuah sinar kejayaan

Matrikulasi
Kau menjadi batu loncatan
Ke arah yg lebih cemerlang
Menggilap dan menyemai ilmu yg kurang
Menjadi pengantara di medan pertempuran
Pertempuran sengit di lapangan pelajaran

Universiti
Kau peneraju harapan gemilang
Demi melihat dua hati tersenyum bahagia
Kaulah sinar kebahagiaan
Di sini aku mampu tersenyum riang
Punya Ph.D, ijazah dan sarjana
yg selama ini kuhitung dan bilang
Bila ketika detik dan waktunya

Oversea
Andai kau terima kehadiranku
Akulah insan paling bahagia
Kan kucanang kpd isi dunia
Akulah insan yg paling bertuah
Punya peluang seluas lautan
Punya harapan setinggi gunung
Nantikan kehadiranku wahai oversea
Kan kuubah arah keluargaku
Kerna tanggungjawab terpikul di bahuku

Hari ini..
Aku mampu mendabik dada
Hasrat yg kuimpi tertunai jua
Untuk mencipta detik bahagia
PAKAR BEDAH impian yg nyata
Melonjak langkah mencipta nama

Esok,
Kejayaan ini belum pasti milik kita selamanya..
Mungkin hari ini ia datang
dan mungkin hari esok ia menghilang
yg pasti ia bukan milik kita
kerana kejayaan abadi adalah milikNya..