Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati dan menzalimiku
Ya Allah Kaulah Maha segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Hati terkesan usai menonton sebuah video bertajuk Qalam. Video yang benar-benar menguji sejauh mana keredhaan hati dan semangatku untuk terus berjuang menuntut ilmu. Menguji sejauh mana aku bersyukur kerana ditempatkan di bumi usim. Video yang ternyata mempunyai impaknya yang tersendiri saat aku mula bertatih dalam mengenal halatuju kehidupan di bumi usim. Kini bukan bidang perubatan yang menjadi sasaran. tapi kualiti ilmu yang menguji sejauh mana pemahaman tentang erti kemodenan..
..........................
4/2/2018 hari ni aku kembali membuka blog usang yang terbiar bertahun lamanya. Membaca kembali apa yang aku coretkan ketika masih bertatih meraih ilmu di universiti. Membaca kembali impian2 yang pernah aku lontarkan. Mengenang semula cita2 yang pernah aku bayangkan. Banyak kisah yang terjadi yang dipendam tanpa diluahkan kerana aku sedar aku sudah matang dalam meluahkan emosi. Bukan di sini tempatnya untuk bercerita segala.
Terbaca kembali post yang ditulis saat akal tak mampu menerima kenyataan yang diri ini tercampak di bumi Nilai. Allahuakhbar. 19 tahun ketika itu. Maafkan hamba. Alhamdulillah,budak yang tak mampu terima kenyataan yang dia belajar di bumi usim itu sudah 2 tahun bergelar graduan. Budak yang tak suka IT itu akhirnya bekerja dalam bidang IT. Maafkan budak itu. Dia dulunya tak tahu IT itu bagaimana. Dia ingat IT itu sekadar bermain game saja.