Assalamualaikum..alhamdulillah hari ni aku masih mampu bernafas di atas muka bumi sang maha Pencipta. Masih diberikan kesempatan untuk memeluk ibu bapa tercinta mungkin. Semalam rasa sesak di dada..mungkin seolah-olah adalah suatu petanda..maklumlah ajal maut di tangan tuhan..Aku hanyalah manusia biasa yang tak dapat lari dari ketentuan yang telah ditetapkan. Aku redha andai itu ketentuan yang maha Esa. Cuma satu yang kupinta, MATIKANLAH AKU DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN BERIMAN..
masih segar di ingatanku apa yang dihantar oleh seorang sahabat lewat smsnya petang tadi..
"WANITA CANTIK MENURUT ALLAH ADALAH:-
=MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAHNYA..
=TERSENYUM DI SAAT TERTEKAN..
=TERTAWA DI SAAT HATI SEDANG MENANGIS..
=TABAH DI SAAT TERHINA..
=MEMPERSONA KERANA MEMAAFKAN..
=MENGASIHI TANPA MEMINTA BALAS..
=BERTAMBAH KUAT DALAM DOA & PENGHARAPAN KEPADA ILLAHI..
"MOGA DIKAULAH WANITA CANTIK MENURUT ALLAH ITU..INSYAALLAH..."
Terima kasih kepada seorang sahabatku ini yang tak pernah jemu-jemu menghantar nasihat buat diri ini..Terlalu tinggi rupanya nilai sebuah persahabatan walaupun kami langsung tidak mengenali..tidak pernah menuturkan suara apalagi bersua muka..Perkenalan dari seorang teman yang merapatkan ukhwah atas dasar kasih sayang dalam Islam..
Hari ini ada seorang sahabat meluahkan cerita yang terbuku di hati..Maaf kerana aku tidak mampu menjadi kaunselor yang baik dalam menasihati dirimu..Sungguh aku tak mampu..aku rasa dia lagi baik akhlaknya daripada aku..aku manusia yang serba kekurangan..harapan aku dah hancur berkecai..aku tak kuat untuk nak tempuh dugaan sehebat ini..tapi aku taw yang Allah Maha Adil..aku yakin yang aku masih ada iman..Sesungguhnya Allah tak akan duga kita sesuatu yang kita tak mampu..InsyaAllah aku boleh
No comments:
Post a Comment